Rahsia Pingpong - Paksi
Dalam melakukan pukulan smash , heavy loop mahupun topspin againts backspin , pergerakan kaki dan pinggang adalah sangat penting. Ini dapat dilihat dikalangan pemain-pemain bertaraf antarabangsa. Setiap pukulan mereka akan menggunakan gerakan pinggang dan kaki terutama sekali ketika membuat pukulan-pukulan padu. Namun begitu, sekiranya kaedah pusingan yang dibuat ketika mengambil pukulan itu salah (dari segi pusingan pinggang dan kaki) ia boleh menyebabkan masalah kecederaan atau kesakitan. Ini jelas dapat dilihat dikalangan pemain-pemain yang baru dan tidak memahami apa itu PAKSI. PAKSI di dalam pingpong merujuk kepada satu garisan tegak (maya) dimana pusingan/gerakan pukulan berlaku berpaksikan kepada garisan maya tersebut. Dengan penggunaan PAKSI, pukulan adalah lebih kencang dan dapat mengelakkan masalah kecederaan. Menggunakan PAKSI juga dapat memastikan kestabilan dalam setiap pergerakan dan pukulan. Latihan untuk merasa kewujudan PAKSI boleh dilakukan dengan berdiri tega...