Rahsia Pingpong - Konsisten Dalam Pukulan

1: ASAS KAKI

Asas kaki ataupun kekuda adalah perkara yang jangan sesekali dipandang ringan. Disebabkan itu, disiplin mantis menekankan postur Mantis dimana jarak antara kaki tidak terlalu besar dan tidak terlalu rapat.

Begitu juga ketika membuat pukulan. Pemain sering melakukan kesilapan seperti membuat pukulan tanpa asas kaki yang betul. Hal ini akan menyebabkan pukulan tersebut akan tersasar keluar dari meja pingpong, tidak padu dan tidak bermutu.

Pemain perlu sentiasa menyedari kelemahan dan segera memperbaikinya. Jangan sampai ia menjadi habit dan sukar untuk diperbetulkan kelak.


Rahsia pada konsistensi pukulan terletak pada asas kaki. Ia buka semata-mata pada pukulan sahaja. 

Pergerakan kaki (footwork) yang betul adalah sedikit-sedikit, tidak terlalu besar pergerakannya kerana itu boleh membuatkan pergerakan terkunci dan terkena helah lawan. Sentiasa kemaskan posisi untuk menerima atau memukul bola. Dengan ini, bola lawan akan masuk ke dalam 'sweet spot' untuk anda melakukan pukulan balas yang padu.


2: KESABARAN / KETENANGAN

Pemain yang selalu membuat kesilapan ialah pemain yang terburu-buru. Suka membuat pukulan-pukulan padu dimana pukulan tersebut tidak mengena dan mata tidak diperolehi. 

Bersedia dan tenangkan anggota badan. Otot badan yang tegang boleh menyebabkan pukulan yang terhasil tidak konsisten.


3: MEMAHAMI KARAKTER GETAH DAN BLADE

Selalunya kita sering berjumpa dengan dua kategori pemain dalam arena pingpong amatur. Yang pertama, mereka yang selalu menukar getah dan blade kerana tidak serasi dengan setup tersebut.

Yang kedua, mereka yang tidak menukar getah ataupun blade tetapi hanya fokus pada teknik yang bermacam-macam dan pada akhirnya kesudahnya sama sahaja. Mereka TIDAK KONSISTEN. 

Jadi, jangan jadi seperti kedua-duanya.

Perlu diperbetulkan disini, elakkan menukar getah disebabkan untuk mencari keserasian kerana pada akhirnya wang yang banyak terpaksa dihabiskan semata-mata untuk perkara itu. Begitu juga yang tidak menukar getah dan tidak memahami perihal sebenar karakter getah tersebut yang tidak sesuai untuk bermain dalam corak tertentu kerana ia akan membuatkan pemain tersebut menghabiskan berpuluh-puluh jam tanpa konsistensi.

Setiap getah mempunyai karakter dan ada juga yang hampir sama sahaja cuma berbeza dari segi harga dan brand.

Perkara yang perlu difahami mengenai getah ialah :

1. Jenis sponge
Parameter sponge adalah berbeza-beza. Ada yang nipis dan ada yang tebal. Ada yang lembut dan ada yang keras. Ada yang tinggi level bouncy rate dan ada yang rendah. Ada yang tebal dan bouncy, tetapi ada juga tebal tapi tidak bouncy. Jadi, fahamkan perkara ini dulu. 

2. Jenis topsheet
Getah terdiri dari 2 lapisan iaitu lapisan getah (atas) dan sponge (bawah). Bahagian atas dipanggil topsheet. Karakternya diukur mengikut jenis tacky dan grip. Namun, ada lagi satu karakter yang perlu dinilai juga iaitu dari segi lembut mahupun keras. Setiap karakter ini membuatkan pusingan bola adalah berbeza dari segi spin dan secara tak langsung akan mengubah kaedah/teknik pukulan.

3. Negara Pengeluar
Ada 2 jenis pengeluar yang popular pada saat ini iaitu China dan Europe. Getah dari kedua pengeluar ini mempunyai filosofi yang berbeza dalam mengeluarkan produk mereka. Getah Europe kebanyakkan menggunakan teknologi Tensor, manakala china banyak menggunakan getah high-tension. Getah Tensor adalah getah yang sudah menjadi trademark bagi getah Europe. Apa yang membezakan antara teknologi ini ialah dari segi accuracy dan konsistensi. 

Kombinasi topsheet , sponge dan teknologi menyebabkan setiap pemainan itu unik dan mengikut karakter seseorang. 

Karakter getah ini juga mempengaruhi corak permainan dengan jarak dekat, medium mahupun jarak jauh. 




Comments

Popular posts from this blog

Kedudukan Mula PingPong

Pergerakan kaki (footwork) dalam pingpong