Pergerakan kaki (footwork) dalam pingpong
Pergerakan pantas dan kestabilan untuk membuat pukulan adalah asas paling penting dalam disiplin mantis.
Disebabkan itu, seorang mantis perlu menguasai tarian mantis. Tarian mantis sebenarnya ialah pergerakan kaki yang pantas untuk ke kanan dan ke kiri meja disertakan dengan kilas-kilas pukulan seakan akan stroke bertalu-talu.
Dalam tarian mantis, ia mengambil gerakan kaki seorang peninju. Manakala gerakan tangan pula ialah pukulan pukulan forehand dan backhand.
RENTAK TARIAN MANTIS
Rentak ritma tarian mantis ialah seperti berikut:
Pergerakan ke kanan selangkah diikuti oleh satu stroke forehand. Pergerakan ke kiri diikuti oleh satu stroke backhand. Pergerakan stroke dikawal menggunakan kelembutan pergelangan tangan. Disamping itu, pinggul dan pusingan paha turut dimainkan bersama dalam ritma tarian tersebut.
Tarian mantis yang tulen adalah sangat pantas. Latihan perlu dilakukan bagi menguasai teknik ini.
SYARAT TARIAN MANTIS
Salah satu syarat tarian ini ialah cara bukaan kaki dan kadar bengkok lutut. Lutut hanya perlu dibengkokkan sedikit sahaja. Manakala jarak kangkangan adalah selebar 1 hingga 2 kaki sahaja. Jika jarak kangkangan terlalu besar, ia akan melambatkan tarian. (ini bermaksud pergerakan akan menjadi lambat)
Bagi pukulan pula, disiplin mantis ialah pukulan harus ditamatkan seperti mana permulaan postur mantis. Ini bermaksud jika melakukan pukulan forehand, pukulan tersebut tidak boleh dilajakkan hingga bahagian atas kepala atau melebihi paras tengah dada.

Comments
Post a Comment