Latihan Pingpong Harian 2 - Loop dan Block

Latihan pukulan loop dan juga block memerlukan rakan yang mahir menahan pukulan bola dan juga menyerang bola dengan kelajuan yang cukup tinggi.

LOOP
Pada saat latihan ini, Mantis perlu fokus untuk membuat pukulan topsin (tanpa sidespin) yang padu ke arah rakan. Tugas rakan tadi hanyalah perlu block pukulan bola topsin oleh Mantis.

Latihan ini dilakukan sehingga Mantis sudah mahir dan mantap untuk melaksanakan pukulan topsin tersebut.  Mantis perlu konsisten untuk membuat pukulan dan memastikan tidak melanggar disiplin postur mantis. Ini adalah sangat penting.



BLOCK
Setelah latihan loop, Mantis perlu menukar corak latihan untuk menerima bola loop pula. Bola loop yang diserang oleh rakan tadi perlu di block. Pada ketika ini, Mantis perlu peka terhadap getaran kekuatan bola dan memastikan kaedah block yang dibuat adalah kemas dan tidak membuka ruang untuk serangan/pukulan lain.


Mantis perlu peka dengan karakter getah semasa menerima serangan bola loop. Perhatikan pergerakan penyerang (latihan sensori), dan membaca gerakan bola. Mantis perlu menganggar kedudukan bola dan sedia dalam postur mantis untuk block bola tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Kedudukan Mula PingPong

Rahsia Pingpong - Konsisten Dalam Pukulan

Pergerakan kaki (footwork) dalam pingpong