Kawalan Bola Pingpong

Aspek paling penting dalam perlawanan pingpong ialah kawalan bola. Dalam disiplin mantis, pukulan yang deras dan laju tidak semestinya membuahkan kemenangan.

Antara kesilapan pemain-pemain amatur ialah menggunakan blade dan getah pingpong yang laju tetapi mereka gagal untuk mempersiapkan diri mereka dengan asas permainan pingpong iaitu kawalan bola.

Kawalan bola = Accuracy + Timing + Speed
Kawalan bola = Kawalan Spin


Kawalan bola dalam disiplin Mantis menitikberatkan beberapa perkara seperti teknik kawalan pukulan. Ini boleh dicapai dengan menggunakan blade pingpong yang mempunyai feel dan serasi dengan pemain. Antara blade pingpong yang mempunyai feel yang tinggi ialah allwood dan carbon arylate.

Kawalan bola tidak terhad kepada timing, speed dan accuracy semata. Ia juga bergantung juga kepada kawalan spin. Pada peringkat beginner, latihan mengawal spin perlu diterapkan terlebih dahulu. 

Tenaga atau kelajuan sesuatu pukulan itu pula boleh dihasilkan melalui penggunaan getah yang betul. Pemilihan getah adalah subjektif kerana bukan semua getah akan menepati citarasa dan style permainan seseorang. Getah yang mempunyai gear yang tinggi adalah amat disarankan.

Antara ciri-ciri getah yang disarankan perlulah mempunyai topsheet yang lembut, sponge yang lembut tetapi cukup tebal untuk membuat serangan bola-bola pantas.

Teknik yang dipraktikkan oleh Mantis untuk menghasilkan pukulan yang padu ialah dengan menggunakan pergerakan keseluruhan tangan dan sedikit pergerakan pinggul untuk menghasilkan topsin sidespin loop. Kombinasi topspin yang laju dan sidespin pasti akan mengelirukan lawan. Ciri pergerakan bola adalah mempunyai kepantasan yang tinggi, rendah dan mengelirukan. Apabila bola jatuh ke atas meja lawan, acceleration bola akan membuatkan bola sukar dibalas semula.

Sekiranya bola tersebut di block, ia akan melantunkan bola sedikit tinggi. Peluang ini perlu digunakan oleh Mantis untuk membuat smash. (teknik ini tidak akan diterangkan secara khusus)



Comments

Popular posts from this blog

Kedudukan Mula PingPong

Rahsia Pingpong - Konsisten Dalam Pukulan

Pergerakan kaki (footwork) dalam pingpong