Mantis - Rahsia Jurus Permainan Ping Pong - 1

Pingpong Mantis merupakan disiplin yang merangkumi aspek pergerakan, teknik pukulan , corak permainan dan jurus rahsia(trick). Ia adalah falsafah dan seni dalam pingpong. Didalam falsafah ini, tersimpan beberapa teknik tersirat disebalik kehebatan seseorang pemain pingpong.

Setiap pemain pingpong akan menyimpan rahsia kekuatan mereka. Kekuatan sama ada dari segi teknik, karakter getah, dan kayu. Dengan mantis, kekuatan itu adalah anda!


Mantis diilhamkan apabila seorang pemain pingpong mendapat ilham pergerakan untuk bermain atau menggunakan disiplin itu dalam permainannya supaya permainannya lebih berkualiti. Apa yang mengejutkan, jurus yang digunakan olehnya dapat menumpaskan beberapa pemain yang lebih senior dan berpengalaman.

Sebelum seseorang mempelajari Seni Mantis ini,  mereka terlebih dahulu perlulah menguasai beberapa teknik asas dalam permainan pingpong termasuk flick, topspin, backspin, drive, push, forehand dan backhand.

Seni Mantis diibaratkan seperti satu falsafah dan metode dalam perlawanan pingpong dimana ia berupaya melonjakkan prestasi seseorang pemain supaya lebih konsisten.



DISIPLIN MANTIS


1. Rahsia Postur Mantis
Postur mantis merupakan postur yang menyerupai seekor mentadak (mantis). Apabila menggunakan postur ini, seorang mantis akan bersedia untuk menerima bola dan menyerang dalam semua keadaan. Kedudukan seorang pemain mantis ditentukan dengan melihat kekuatan dominan pemain tersebut. Dalam postur mantis, semua anggota mantis adalah dalam keadaan tenang. Ia adalah senjata ampuh untuk menyerang psikologi lawan.


2. Tarian mantis (rutin harian)
Tarian mantis merupakan latihan gerak tarian bagi melatih kelancaran dan kepantasan gerakan kaki dan tangan. Di dalam tarian mantis juga menyelitkan teknik untuk memperkuatkan tenaga spin selain dari melatih pergerakan kaki (footwork) supaya lebih lincah dan stabil.


3. Sensori Mantis
Latihan kepekaan terhadap pergerakan lawan dan mengenalpasti kelemahan lawan. Seorang mantis akan dilatih dengan teknik mengesan pukulan yang mendatang untuk lebih bersedia terhadap pukulan balas. (Seorang mantis diibaratkan dianugerahkan sepasang antenna mantis bagi mengesan dan membaca gerak lawan).



TEKNIK PUKULAN MANTIS

Teknik pukulan mantis terletak kepada penguasan di atas meja dan juga diluar meja pingpong. Kaedah yang berbeza digunakan sekiranya pukulan di dalam kawasan meja bagi memastikan ketajaman dalam setiap pukulan.

Pukulan mantis tidak mementingkan kekuatan tenaga fizikal dalam setiap pukulan. Tetapi lebih kepada timing, ketajaman, spin, dan juga target. Ini adalah kerana bagi falsafah mantis, kekuatan stroke tidak memerlukan paksaan kudrat. Kekuatan boleh diperolehi dengan banyak cara. Inilah seni mantis.
  
Dalam setiap pukulan mantis, akan ada jurus yang dipelajari bagi membuka ruang dan kelemahan lawan untuk mantis menyerang. Disamping itu juga, beberapa rahsia pukulan bisa (duri mantis) akan dipelajari.

sambungan --



Comments

Popular posts from this blog

Kedudukan Mula PingPong

Rahsia Pingpong - Konsisten Dalam Pukulan

Pergerakan kaki (footwork) dalam pingpong