Latihan Pingpong Harian 4 - Kawalan Spin
Sesuatu pukulan yang deras tidak akan menghasilkan spin yang bagus. Seni spin terletak pada keupayaan menggesek bola dengan kadar yang pantas dalam waktu yang singkat. Inilah yang akan menghasilkan spin. Faktor getah yang berupaya untuk mencengkam bola juga salah satu kunci untuk spin yang lebih berkualiti.
Dalam seni Mantis, anggota pergelangan tangan (wrist) merupakan kunci kepada seni spin. Namun begitu, penggunaan wrist agak sukar bergantung kepada trajektori bola. Disebabkan ini, seorang Mantis juga perlu mahir menggunakan pergerakan lengan bermula dari siku hingga ke paddle untuk menghasilkan spin.
Dalam seni spin, 3 jari bermula dari jari tengah, jari manis dan jari kelingking harus di lembutkan ketika memengang bat/paddle (jenis handshake). Mantis hanya memerlukan 3 jari sahaja untuk memegang paddle bat iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah.
Dengan kaedah ini, pergelangan tangan akan lebih fleksibel untuk digerakkan seterusnya mampu untuk menghasilkan spin yang luar biasa.
Comments
Post a Comment