Mantis - Rahsia Jurus Permainan Ping Pong - 2

CORAK PERMAINAN

Corak permainan bagi setiap orang adalah berbeza. Disiplin mantis tidak sesekali membantaskan cara permainan seseorang. Namun, corak permainan perlulah berasaskan sistem yang betul. Jika seseorang tidak berlatih atau bermain dengan cara yang betul nescaya prestasi tidak akan dapat berkembang dengan baik.

Seseorang mantis mempunyai keupayaan yang berbeza begitu juga dengan keistimewaan sendiri. Corak perlawanan mantis sesuai untuk semua tidak kira sama ada untuk bermain aggresif ataupun defensif.

Namun didalam falsafah mantis, tutup ruang kelemahan sebaik mungkin dan serang pihak lawan dengan jurus-jurus magik mantis.
 

Jurus magik ini merupakan pukulan-pukulan yang tidak terduga dari seorang pemain mantis. Rahsia seni ini tidak akan dikongsikan secara umum.


JURUS RAHSIA MANTIS

Pukulan mantis terletak kepada seni pergerakan setiap anggota badan dan tangan. Teknik-teknik ini akan terbit hasil dari latihan disiplin mantis seperti tarian mantis. Hanya dengan mempraktikkan style pukulan mantis, secara automatik pemain akan berjaya meningkatkan kualiti spin dan kelajuan bola dengan mudah.


Jurus rahsia ini perlulah dikuasai sebelum seseorang itu menjadi mantis sejati. Latihan intensif mengenai jurus ini akan diterangkan dalam perkongsian berikutnya.

Comments

Popular posts from this blog

Kedudukan Mula PingPong

Rahsia Pingpong - Konsisten Dalam Pukulan

Pergerakan kaki (footwork) dalam pingpong