Latihan Pingpong Harian 1 - Serve / Push / Drive

Rutin latihan pingpong khusus untuk memantapkan pukulan dan kawalan bola dilakukan setiap hari. Sekiranya tidak mempunyai masa, peruntukkan hari-hari tertentu untuk mendapatkan latihan yang berkualiti.

Dalam disiplin Mantis, latihan perlulah diutamakan selain dari bermain pengiraan mata. Dalam latihan, stroke-stroke asas perlulah dimahirkan dengan mempelbagaikan posisi, target, kelajuan, tempo, timing dan  jenis pukulan.  Ya, semua perkara ini adalah rutin latihan Mantis.

Dengan latihan intensif seperti ini, seseorang Mantis akan lebih versatil untuk mengambil bola dalam semua sudut dan ruang. Namun perlu diingat akan disiplin mantis iaitu postur Mantis.

LATIHAN SERVE  

Latihan serve yang perlu dijalani ialah serve backspin / no-spin/ backspin sidespin - (short & long). Gaya serve tidak menjadi keutamaan dalam seni Mantis. Apa yang lebih penting ialah serve yang efisyen dan berupaya untuk membuka ruang kelemahan pihak lawan.

Dalam perlawanan, serve ini akan digunakan dan seseorang Mantis harus peka untuk menilai teknik pukulan yang dibuat oleh lawan. 

Mantis perlu merencanakan serangan 2nd ball dan 3rd ball hasil dari serve.

Sekiranya giliran Mantis yang menerima serve maka dia perlulah bersedia untuk membuat tolakan ke sudut sudut sukar dengan teknik spin yang berbeza-beza.



LATIHAN PUSH & DRIVE
Latihan ini memerlukan rakan yang baik dan mahir dalam pingpong. Dalam latihan ini, seseorang mantis perlu menguasai gerak kilas spin yang berupaya menyembunyikan jenis pukulan atau spin sebenar.

Latihan push dan drive ini akan membuat Mantis cepat memahami karakter getah dan blade yang digunakan dari segi trampoline effect, arc, angle, speed, dan spin. Latihan ini juga dapat memperbaiki timing dan accuracy pukulan.

Comments

Popular posts from this blog

Kedudukan Mula PingPong

Rahsia Pingpong - Konsisten Dalam Pukulan

Pergerakan kaki (footwork) dalam pingpong