Latihan Pingpong Harian 5 - Mendalami Arah Gerakan Bola Pingpong

Disiplin mantis bukan sahaja terletak kepada kemahiran teknikal memukul bola dan bermain dengan spin yang tinggi.

Salah satu kekuatan dan kebolehan yang perlu ada bagi seseorang Mantis ialah berupaya membaca pergerakan lawan dan juga bola sebelum lawan memukul bola lagi.

Kebanyakkan pemain-pemain pingpong diperingkat permulaan yang kurang berpengalaman sukar untuk membaca gerakan dan jenis pukulan yang akan dihasilkan oleh pihak lawan. Ini kerana mereka hanya memikirkan untuk mengambil bola lawan sahaja.

Memikirkan teknik untuk memukul bola lawan sahaja adalah satu kesilapan yang besar kerana fokus pemain hanya tertumpu ke arah bola yang datang dan jenis pukulan yang akan dibuat. Seringkali, pemain akan terlepas untuk membaca bahawa pihak lawan sudah mula bersedia untuk melakukan sesuatu.


KAEDAH MEMAHAMI PERGERAKAN PUKULAN

Dalam prinsip mantis, fokus adalah penting. Fokus yang perlu dipraktikkan oleh seorang Mantis ialah seperti berikut:
1. Fokus (pandang) ke arah bola ketika memukul bola. Bola perlu dipukul dengan aras ketinggian dan timing yang tepat.
2. Sebelum melakukan pukulan, sekilas pandang kedudukan lawan dan keadaan ketersediaan lawan. Lihat sudut yang terbuka dan lemah.
3. Sekiranya lawan membuat pukulan balas, lihat pergerakan lawan (fahami jenis pukulan yang akan terhasil dari gerakan tersebut).
4. Semasa itu, bersiap sedia memperbetulkan posisi untuk menerima bola.
5. Setelah pihak lawan memukul bola, baca trail (arah bola) dan berhati-hati dengan spin yang dibuat. Spin yang kuat akan menghasilkan accelaration ketika ia menyentuh meja pingpong.
6. Fokuskan trajektori bola dari pihak lawan dan bersiap sedia untuk membuat pukulan balas. dan buat seperti perkara no. 1 di atas.

Sekiranya pihak lawan mempunyai pukulan yang laju, jangan sesekali hilang fokus terhadap gerakan bola tersebut. Kemahiran ini juga merupakan salah satu disiplin Sensori Mantis.

Comments

Popular posts from this blog

Kedudukan Mula PingPong

Rahsia Pingpong - Konsisten Dalam Pukulan

Pergerakan kaki (footwork) dalam pingpong