Posts

Rahsia Pingpong - Paksi

Image
Dalam melakukan pukulan smash , heavy loop mahupun topspin againts backspin , pergerakan kaki dan pinggang adalah sangat penting. Ini dapat dilihat dikalangan pemain-pemain bertaraf antarabangsa. Setiap pukulan mereka akan menggunakan gerakan pinggang dan kaki terutama sekali ketika membuat pukulan-pukulan padu. Namun begitu, sekiranya kaedah pusingan yang dibuat ketika mengambil pukulan itu salah (dari segi pusingan pinggang dan kaki) ia boleh menyebabkan masalah kecederaan atau kesakitan. Ini jelas dapat dilihat dikalangan pemain-pemain yang baru dan tidak memahami apa itu PAKSI. PAKSI di dalam pingpong merujuk kepada satu garisan tegak (maya) dimana pusingan/gerakan pukulan berlaku berpaksikan kepada garisan maya tersebut. Dengan penggunaan PAKSI, pukulan adalah lebih kencang dan dapat mengelakkan masalah kecederaan. Menggunakan PAKSI juga dapat memastikan kestabilan dalam setiap pergerakan dan pukulan. Latihan untuk merasa kewujudan PAKSI boleh dilakukan dengan berdiri tega...

Rahsia Pingpong - Konsisten Dalam Pukulan

1 : ASAS KAKI Asas kaki ataupun kekuda adalah perkara yang jangan sesekali dipandang ringan. Disebabkan itu, disiplin mantis menekankan postur Mantis dimana jarak antara kaki tidak terlalu besar dan tidak terlalu rapat. Begitu juga ketika membuat pukulan. Pemain sering melakukan kesilapan seperti membuat pukulan tanpa asas kaki yang betul. Hal ini akan menyebabkan pukulan tersebut akan tersasar keluar dari meja pingpong, tidak padu dan tidak bermutu. Pemain perlu sentiasa menyedari kelemahan dan segera memperbaikinya. Jangan sampai ia menjadi habit dan sukar untuk diperbetulkan kelak. Rahsia pada konsistensi pukulan terletak pada asas kaki. Ia buka semata-mata pada pukulan sahaja.  Pergerakan kaki (footwork) yang betul adalah sedikit-sedikit, tidak terlalu besar pergerakannya kerana itu boleh membuatkan pergerakan terkunci dan terkena helah lawan. Sentiasa kemaskan posisi untuk menerima atau memukul bola. Dengan ini, bola lawan akan masuk ke dalam 'sweet spot' untuk an...

Latihan Pingpong Harian 5 - Mendalami Arah Gerakan Bola Pingpong

Disiplin mantis bukan sahaja terletak kepada kemahiran teknikal memukul bola dan bermain dengan spin yang tinggi. Salah satu kekuatan dan kebolehan yang perlu ada bagi seseorang Mantis ialah berupaya membaca pergerakan lawan dan juga bola sebelum lawan memukul bola lagi. Kebanyakkan pemain-pemain pingpong diperingkat permulaan yang kurang berpengalaman sukar untuk membaca gerakan dan jenis pukulan yang akan dihasilkan oleh pihak lawan. Ini kerana mereka hanya memikirkan untuk mengambil bola lawan sahaja. Memikirkan teknik untuk memukul bola lawan sahaja adalah satu kesilapan yang besar kerana fokus pemain hanya tertumpu ke arah bola yang datang dan jenis pukulan yang akan dibuat. Seringkali, pemain akan terlepas untuk membaca bahawa pihak lawan sudah mula bersedia untuk melakukan sesuatu. KAEDAH MEMAHAMI PERGERAKAN PUKULAN Dalam prinsip mantis, fokus adalah penting. Fokus yang perlu dipraktikkan oleh seorang Mantis ialah seperti berikut: 1. Fokus (pandang) ke arah bola keti...

Latihan Pingpong Harian 4 - Kawalan Spin

Image
Mengawal dan mengenali jenis spin adalah perkara utama dalam permainan pingpong. Ini kerana, seni pingpong terletak dalam rotasi bola kecil tersebut. Ia tidak sama seperti tennis gelanggang. Kunci kepada pemain yang berjaya ialah berupaya untuk mengawal spin. Berikut merupakan gambaran jenis spin. Sesuatu pukulan yang deras tidak akan menghasilkan spin yang bagus. Seni spin terletak pada keupayaan menggesek bola dengan kadar yang pantas dalam waktu yang singkat. Inilah yang akan menghasilkan spin. Faktor getah yang berupaya untuk mencengkam bola juga salah satu kunci untuk spin yang lebih berkualiti. Dalam seni Mantis, anggota pergelangan tangan (wrist) merupakan kunci kepada seni spin. Namun begitu, penggunaan wrist agak sukar bergantung kepada trajektori bola . Disebabkan ini, seorang Mantis juga perlu mahir menggunakan pergerakan lengan bermula dari siku hingga ke paddle untuk menghasilkan spin. Dalam seni spin, 3 jari bermula dari jari tengah, jari manis dan jari kelingk...

Latihan Pingpong Harian 3 - Latihan Timing dan Pukulan Bola

Image
Pingpong adalah berkaitan dengan ketepatan. Konsistensi terletak kepada ketepatan apabila memukul bola. Didalam seni Mantis, setiap pukulan adalah bergantung dengan kadar masa (timing) yang betul. Latihan timing perlu diasah oleh seorang Mantis untuk menjadi lebih baik dalam setiap pukulan agar ia lebih padu dan tepat. Jika kadar masa tidak betul, konsistensi juga akan turut terkesan. Disebabkan itu, timing adalah salah satu penekanan yang ditekankan didalam disiplin Mantis. Mantis dilatih untuk memukul bola dengan tepat pada waktu trajektorinya iaitu ketika lambungan bola adalah ditengah-tengah trajektorinya (at the highest peak of the ball) . Tidak terlalu cepat dan bukan terlalu lambat. Berikut disertakan gambar trajektori. Perhatikan trajektori no. 3, ia merupakan lantunan tengah yang sesuai untuk suatu pukulan dibuat. Namun begitu, bukan semua pukulan perlu dibuat ketika trajektori no. 3, ia bergantung juga pada corak permainan/pukulan yang perlu diambil. Rajah sete...

Latihan Pingpong Harian 2 - Loop dan Block

Latihan pukulan loop dan juga block memerlukan rakan yang mahir menahan pukulan bola dan juga menyerang bola dengan kelajuan yang cukup tinggi. LOOP Pada saat latihan ini, Mantis perlu fokus untuk membuat pukulan topsin (tanpa sidespin) yang padu ke arah rakan. Tugas rakan tadi hanyalah perlu block pukulan bola topsin oleh Mantis . Latihan ini dilakukan sehingga Mantis sudah mahir dan mantap untuk melaksanakan pukulan topsin tersebut.  Mantis perlu konsisten untuk membuat pukulan dan memastikan tidak melanggar disiplin postur mantis. Ini adalah sangat penting. BLOCK Setelah latihan loop, Mantis perlu menukar corak latihan untuk menerima bola loop pula. Bola loop yang diserang oleh rakan tadi perlu di block. Pada ketika ini, Mantis perlu peka terhadap getaran kekuatan bola dan memastikan kaedah block yang dibuat adalah kemas dan tidak membuka ruang untuk serangan/pukulan lain. Mantis perlu peka dengan kara kter getah semasa menerima serangan bola loop. Perhatikan pergerakan ...

Latihan Pingpong Harian 1 - Serve / Push / Drive

Rutin latihan pingpong khusus untuk memantapkan pukulan dan kawalan bola dilakukan setiap hari. Sekiranya tidak mempunyai masa, peruntukkan hari-hari tertentu untuk mendapatkan latihan yang berkualiti . Dalam disiplin Mantis, latihan perlulah diutamakan selain dari bermain pengiraan mata. Dalam latihan, stroke-stroke asas perlulah dimahirkan dengan mempelbagaikan posisi, target, kelajuan, tempo, timing dan  jenis pukulan.  Ya, semua perkara ini adalah rutin latihan Mantis. Dengan latihan intensif seperti ini, seseorang Mantis akan lebih versatil untuk mengambil bola dalam semua sudut dan ruang. Namun perlu diingat akan disiplin mantis iaitu postur Mantis. LATIHAN SERVE   Latihan serve yang perlu dijalani ialah serve backspin / no-spin/ backspin sidespin - (short & long). Gaya serve tidak menjadi keutamaan dalam seni Mantis. Apa yang lebih penting ialah serve yang efisyen dan berupaya untuk membuka ruang kelemahan pihak lawan. Dalam perlawanan, serve ini aka...