Latihan Pingpong Harian 4 - Kawalan Spin
Mengawal dan mengenali jenis spin adalah perkara utama dalam permainan pingpong. Ini kerana, seni pingpong terletak dalam rotasi bola kecil tersebut. Ia tidak sama seperti tennis gelanggang. Kunci kepada pemain yang berjaya ialah berupaya untuk mengawal spin. Berikut merupakan gambaran jenis spin. Sesuatu pukulan yang deras tidak akan menghasilkan spin yang bagus. Seni spin terletak pada keupayaan menggesek bola dengan kadar yang pantas dalam waktu yang singkat. Inilah yang akan menghasilkan spin. Faktor getah yang berupaya untuk mencengkam bola juga salah satu kunci untuk spin yang lebih berkualiti. Dalam seni Mantis, anggota pergelangan tangan (wrist) merupakan kunci kepada seni spin. Namun begitu, penggunaan wrist agak sukar bergantung kepada trajektori bola . Disebabkan ini, seorang Mantis juga perlu mahir menggunakan pergerakan lengan bermula dari siku hingga ke paddle untuk menghasilkan spin. Dalam seni spin, 3 jari bermula dari jari tengah, jari manis dan jari kelingk...